Tuesday, January 5, 2010

slow and steady wins the race

lately aku ditimpa byk musibah. details xpaya cite sbb aku ade bace article ni ckp org ske keco psl musibah dier ni xde function. jap lagi aku copy paste kat sini. papepn aku berpendapat ni sme balasan sbb aku byk wat dose beberape tahun lepas. padanmuke. tp at least Allah kasi can lagi mase cuti baru sme datang. alhamdulillah. nah korang

"Sikap suka menceritakan kesusahan atau musibah yang menimpa diri secara tak langsung memperlihatkan sikap kita memprotes takdir Tuhan. Apakah dengan sikap suka menceritakan kesusahan ini boleh menyelesaikan masaalah? Sejauh mana kawan-kawan yang mendengar dapat menolong sedangkan mereka juga makhluk Allah yang juga banyak masaalahnya.

Sekiranya kita ditimpa musibah, tempat yang paling baik kita men
gadu ialah kepada Allah SWT. Kita bangun malam, bersolat tahajud. Kemudian menangis dan merintih kepada Allah kerana Dialah sebaik-baik tempat pengaduan. Kita mesti yakin Dia sahaja yang dapat menolong. Oleh itu, apabila ditimpa musibah, sebutlah seperti apa yang Allah firmankan di dalam Al Quran iaitu: orang-orang yang ditimpa musibah mengucapkan "INNALILAHI WA INNA ILAHI RAAJIUN" (Surah Al Baqarah : Ayat 156). Nabi juga berpesan jika ditimpa musibah, supaya ditambahkan pula dengan doa: "Ya Allah, berikanlah kepadaku pahala dalam musibah ini, dan gantikanlah aku dengan yang lebih baik daripadanya".

Ketahuilah, bahawa apabila kita ditimpa musibah, kita akan termasuk ke dalam salah satu daripada empat golongan iaitu:
  1. Orang yang berkeluh-kesah
  2. Orang yang sabar
  3. Orang yang bersikap redha
  4. Orang yang bersyukur
haa kalau korang nk bace details dier jap g aku kasi link okayz y'allzzzz
tp semusibah-musibah aku pn ( ske ati aku je tatabahase tampa pls ) aku syukur ramai lagi ssh dari aku
smlm aku mcm biase xde life bkak facebook. sekali aku jmpe gamba ni. dier salah sorang ahli Hezbollah yang kene label terrorist tu. pandai2 la korang amek iktibar renung life korang peaceout homedawg :)


Link 1
Link 2

No comments: